jump to navigation

Ya Amppuunnnn..!! 22/03/2009

Posted by anaiz in My Story.
1 comment so far

bismillahirrahmanirrahim…

selama sebulan penulis blog ini menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. sekarang penulis telah selamat  menemui jalan pulang…

ya ampunnn, lamanya gak saya tak update blog. selama itu lah, saya tak jenguk ke blog korang. kenapa? mengapa? bagaimana? siapa? saya sendirik pun tertanya. ewah..

sebenarnya saya sehat jer. cuma ada beberapa alasan yang membuatkan saya tak update blog neh…

alasan pertama, broadband saya slow giler. korang tak tahu betapa membaranya jiwa aku dari sebulan yang lepas sehinggalah sekarang. aku tengah update entry ni pun, memang terbakar hati aku, meletop-letop, kebaboommm. aduh la. aku tahu mungkin tak ramai hadapi masalah macam nih. maybe ada la dua tiga kerat. aku pun tak tahu apa kena dengan internet aku nih. bila aku masuk blog korang, gambar yang korang show, secara otomatiknya aku tak leh tengok. aku leh baca tulisan jer. itu pun berjanggut aku tunggu. boleh siap gi mandi-manda, makan-makan dulu baru nak leh tengok. hampehh. jadiknya, secara otomatiknya, terus terpotong stim aku nak berblog. (catz, ko dah overcome ke problem nih?? kalau dah, sila la kasik tips kat aku sket. huhu…)

so, macam mana la aku nak tinggalkan komen kat blog korang? kang meraban aku tinggalkan komen kang, tak best plak. kat ofis plak aku tak leh surf internet. internet adalah kena banned sama sekali. so, tak leh la nak bertenet…

beberapa minggu lepas pun en.fizal ada pergi tanya celcom apa pasal lambat sangat. CS officer tu kata maybe aku pakai window vista. kurang support sket. tu pasal slow. sebab CS officer tu pakai window XP, ok laju jer. aku pun tak tahu la kan ye ker tak. lama giler aku dah tinggalkan bidang2 IT nih. so, aku tengah berkira-kira, tolak, tambah, campur, bahagi nak tukar pakai XP jer. janji kasik laju sket broadband nih. itu akan ditentukan kemudian. kasik aku time nak settle kan masalah ni…

alasan kedua, aku ada masalah tekanan jiwa dan perasaan kat ofis sket. adooii, ni lagi satu bab. tapi mana-mana kerja pun mesti ada masalah kan??? tak nak citer la. lambat laun akan settle jugak problem nih, kan janet kannnn. (sila angguk kepala, tanda anda pun setujukk..) atas alasan ini, mood nak update blog pun macam termati je kat situ. boleh??

alasan ketiga, aku sekarang tengah gigih study. poyo siut statement. kehkehkeh. ari tu aku ada apply KPLI. so, ujung minggu ni (28hb mac) kena amik MTEST. so, kena kasik perhatian sket la kat exam nih. balik ofis pun dah macam tired giler. pastu nak kena membaca plak. hmm, ko ingat aku rajin sangat? tapi memandangkan aku memang nak jadik cekgu sekolah, aku kena jugak study. tu pasal aku malas nak update blog. ya, lagi alasan dari aku, hehe..

so, itu la alasan kenapa aku tak update blog yang aku rasa munasabah gak la. ok, gitew??

note : nak kasik redha kemarahan, kesusahan, kebaraan dalam jiwa aku dulu. hmm, lepas aku settlekan alasan no satu tu, aktiviti blog hopping akan berjalan seperti biasa.

sekian, terima kasih…

Hut Hut 20/02/2009

Posted by anaiz in My Story.
8 comments

lama saya tak hapdet lor. hmm, biasa la bila mana roh malas dah masuk badan nih. huhu..!!

tapi nak citer gak pasal ari selasa ari tuh, lepas ofis hour terus zassss ke bandar perda dengan en.fizal. masing-masing dah ngidam nak makan pizza.

plan asal nak gi beli kasut en.fizal. sebabnya telah terkoyak di tepi. maklumlah kaki hulk hogan. ekekeke…

tapi last-last, lain pulak yang dibeli nyer. en.fizal beli perfume la pulork. perfume dia tinggal beberapa titis jer lagi. en.fizal kalau pakai perfume, memang tak hinggat dunia punya. sampai ke perut pun dia nak tembak perfume. mana tak abis cepat. huhu…

tapi takper, saya ngikut jer. dia yang bayor. hehe..!! janji ada orang belanjer makan kan..

ok, meh kita layan je gambo..

jj2

jusco bandar perda..

jj3

hut hut nyer. nice design..

jj5

layan sup hingga menjilat sudu. ekeke…

jj7

en.fizal suka benor pakai t-shirt nih. macam la betul2 employee of the month. cangkung je lebih. hehe..

jj61

muka orang yang kekenyangan. harus lah senyum kan. eh, tetiba aku rasa muka aku macam suci la pulork. perghhhh…..!!

add note : weekend yang itam legam gara-gara mandi kat water park. huhuu..!!

New ;) 15/02/2009

Posted by anaiz in Itu..Ini...
3 comments

pssstttt…pssstttt…

meh nak citer…

saja nak menunjuk sket ari nih…

saya beli camera baru…

cam2

itu je den nak citer. hikhikhik..

ala, beli murah-murah sajork. aku tahu korang nyer kamera ribu-riban. lagi kamera nikon SLR la, PQR la, RSTU la. hehe… saya beli samsung, main rat-rat je. dapat tangkap gambar pun dah besar rahmat. wah…

tapi takper, yang penting kaler pink. jejeje…

p/s : rat-rat tu ratus-ratus ye kekanak…

Valentinekah??? 14/02/2009

Posted by anaiz in My Story.
3 comments

hari ni hari cuti. jadiknya pepagi lagi dah keluar. banyak agenda nak kena gi nih. salah satunya, saya nak ke kedai kek. pergi dengan en.fizal, mak dan anak sedara saya, juma..

juma1

ini la juma..

nak carik kek untuk celebrate satu hari yang istimewa. wah, gituu.. kira hari ni, hari yang agak special untuk saya ngan husband..

pilih punya pilih, last-last decide amik kek yang slice sajork. saya amik tiramisu dan blueberry chocolate jer..

juma2

ya, ini model kecit yang keypoh sket..

aku nak sambut hari apa nih???

hari ni hari jadi en.fizal. kebetulan pulak sama hari dengan valentine day.

HAPPY BIRTHDAY, EN.FIZAL. moga panjang umur dan dimurahkan rejeki…

memang kami selalu beli yang slice jer kalau birthday ker, anniversary ker. ater tak ramai yang makan. kat rumah ada 3 orang. mak saya bukan makan sangat. manis kan. so, buat apa beli banyak2. kang membazir plak. ya, kami laki bini memang save budget. hahaha..!!

add note : saja kasik gemparrr. aper, ko ingat aku gatal-gatal nak sambut valentine?? takder maknanya. tak main la sambut-sambut valentine nih. it’s so not me. aperrr barannngggggg…!! jangan nak jadi orang putih kerana yang pastinya ko tak putih mana. jejeje…

i folllooowwww….

And The Award Goes To…. 14/02/2009

Posted by anaiz in Tagged.
2 comments

saya dapat award baru-baru nih. tapi kan title cute tu untuk blog atau tuan blog? tetiba saya confuse di situ. pepehal, saya memang cute. *sila muntah darah..

apa-apa pun, terima kasih la untuk alakay kerana beri award ini kepada saya. sorry sebab lambat menjawab. tugasan di ofis tidak membolehkan saya untuk berblog. buat mak saya yang berada dirumah, terima kasih kerana sanggup membiarkan diri ini berblog sepanjang hari tanpa memasak. buat en.fizal, kenang daku dalam doa mu. hehe..!! arghhh….tetiba meraban. abaikan disitu.

okey, syarat-syarat nak terima award nih kena jawab soalan. meh kita menjawab…

Link or tell a bit about the person who gave you award..

alakay??? hmm…aiseh, kenal pun sikit2 jer nih. kenal pun melalui blog. kita cuba ok. alakay, kalau saya silap2 mintak maap dari ujung rambut sampai ujung telinga. hehehe…

  1. saya suka baca blog dia sebab banyak info yang saya tak tahu. sebab saya memang malas nak google. so, konsepnya macam dia tolong google, then saya tolong baca. hehe…ya ampun..
  2. teror bab agama. kadang segan nak merapu-meraban bila tinggalkan komen. huhu..
  3. umur dia 35 tahun. so, dia lagi tua dari saya. jadiknya, saya memang respect dia.
  4. dia pandai bahasa inggeris…

Each one of you who received this award must list down 10 facts/ hobbies about yourself..

  1. suka teh ais
  2. suka beli tudung
  3. pemarah gak tapi cepat je cool
  4. suka bawak keta laju-laju
  5. moody sket kekadang
  6. suka cakap banyak
  7. selalu senyum
  8. suka makan
  9. suka jenjalan cuti-cuti malaysia
  10. suka berkawan

ok, siap utang. saya dengki jadi tak nak share award ni. so, saya tak mo kasik kat sesiapa pun. boleh gituu??