jump to navigation

terkono jugak 03/11/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

hari ni aku agak awal sampai ofis. pagi tadi aku datang office keadaan masih macam biasa.

tapi tak sampai satu jam, air dah start naik kat area parking depan ofis. cepat giler. tetiba sajork dah jadi macam ni. tempat parking dah penuh dengan air…

jenuh aku bawak lari kereta aku. bukan aku angkat la kan, drive ler. hehe.. kena cari pulak tempat parking yang selamat dan sudah pastinya tidak berair. everyway jalan jem dan sekitar kawasan ofis aku kebanyakkannya dah dinaiki air. kat depan tu kan ada shell, area tu pun dah abis masuk air. tapi mujur la ofis tak masuk air.  

sebelah ofis aku ni plak kedai motor. korang tgk diaorang langsung tak ubah motor diaorang. mmg toke kedai ni tegar la. semangat tul menjual walaupun air dah naik. kalau aku, lama dah aku ubah motor2 tuh. lantak la labu..

heran la tak hujan pun air boleh naik kan. mai kot mana air pun tak tau. tapi mungkin lagi 2,3 jam air akan surut sket kot. just tunggu dan lihat saja…

note : pengalaman pertama macam ni..

mandom 02/11/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

i’m back..

hujan 2,3 hari ni membuatkan aku jadi mandom. huhu… masa otw balik dari kl ahad malam ari tu pun dah start hujan sepanjang jalan. letih pun tak abis lagi. nanti aku update pasal dinner tuh.

area perlis, ujung2 kedah pun ada yang banjir kan. pagi ni dengar hotfm, konvokesyen kat uum ditangguhkan sebab banjir. kesian la yek untuk para ibu bapa yang dah datang nak lihat anak berkonvo. nampaknya kena datang lagi la nanti. kos tuh..

gambar dari utusan malaysia..

aku pun nak kena cas bateri bagi full dulu baru ada tenaga. hehe..!!

note : perlis sekarang banjir. plan nak naik bot kat kuala perlis ke langkawi this weekend mungkin akan ditukarkan naik melalui kuala kedah.

ter-cancel 27/10/2010

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
add a comment

uik, lawatan mereka adalah tercancel sebab flight delay..

note : lega kah????

add note : aiyark, baru dapat info. maybe datang besok….

ADD NOTE 2 : CONFIRM TAK DATANG..KO NI MAIN-MAIN LAHHHH..!!

melawat 26/10/2010

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
1 comment so far

besok CEO akan muncul di ofis bersama GM baru. mereka dalam rangka lawatan ke northern region. sudah pastinya alor setar pun termasuk dalam rangka lawatan.

aduss, aku seriau betul. apa yang aku risaukan pun aku tak tahu la. huhuhu… 

aku selaku orang yang incharge branch ni mmg agak seriau ler. dia ni serius sket orangnya tu yang buat aku risau. kang tak larat menjawab plak @ takut ada benda yang tak leh jawab. lagi la haru.

tapi preparation dah buat. so, besok…hentam saja la labu.

note : datang je la…!!

ada kesedaran kah? dush..dush.. 26/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

minggu lepas, masa aku otw balik dari tempat kerja kan, berlaku la kesesakan lalu lintas yang maha hebat wah, hebatkah? kat simpang apa namanya tah. tapi kat alor setar nih la. mmg jalan tu every day aku lalu. jalan low way kan. pepaham je la kesibukkannya itu…

kebetulan pulak, trafic light rosak kat simpang empat tuh. makanya semua manusia hilang kesabaran, hilang pertimbangan, semua berebut-rebut nak jalan dulu. last2 semua kereta stuck kat tengah simpang. diulangi STUCK okeyyy… sapa pun tak leh lalu. padan muko. sekali dengan aku2 pun tak leh lalu. lagi sekali padan muko. hampeh tul…

nak bergerak sikit pun tak leh. ada la dalam setengah jam tak bergerak. ater macam mana nak bergerak, dah stuck in the middle kan. walaupun setengah jam sajork, tak la lama mana kan. cuma aku heran sikap kesedaran manusia yang semua berlumba-lumba nak pegi dulu. yang lori ngan bus, ko tak payah citer la. tak padan ngan bosar. pun nak menyumbatkan diri kenderaan jugak. tak paham aku. macam la ko leh lepas kalau ko gi dulu… last2 lagi sekali ko ter”STUCK ” disitu. ha, ambik..

tu la suka sangat menerapkan sikap – KO MASUK YEK, AKU PUN NAK MASUK JUGAK. MANA BOLEH KASIK CHANCE – yang begitu tebal dalam diri masing2, tu pasal jadi macam gini.

lama gak la kena tunggu abang polis nak sampai. bila dah sampai, boleh lak lepak tepi, relek sambil tengok dulu. mungkin abang polis tu tengah fikir strategi macam mana nak kasik settle. nak leraikan ke”STUCK”kan tu pun polis kena fikir strategi jugak woo. kang keta berlanggar kang, naya jer kena maki.

isk, dunia..dunia…

note : sabar itu separuh daripada iman…