jump to navigation

Perasankah? 31/01/2009

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
5 comments

saya sekarang tengah berkira-kira..

fikir punya fikir, campur, tolak, kali, bahagi, sebenarnya merancang nak tukar banner @ themes baru untuk blog den nih. tapi perasankah banner di atas telah bertukau? akceli, saya pakai dulu banner blog lama saya. pinjam kejap la kan. nanti dah dapat yang berpuas hati baru tukar. tak tahunyer la bila..

nak pilih @ create banner pun susah. tambah la nak pilih themes. den ni bukannya kretip sangat. ni sampai  berpinar bijik mata pilih themes @ banner yang digemari dan bersesuaian. sapa pun tak suruh ko buat kerja ni kan, ko sendirik gatal…

memandangkan hari ni sepetang duduk rumah jer, ni je la aktiviti saya. main internet je kerja. surf sana, surf sini. godek sana, godek sini. jadiknya, tumpang aku tengah rajin ni, ko ala-ala redhakan je la keje tak berfaedah aku ni. ekekeke..

kalau sesiapa baca blog ni pastu kira tetiba korang refresh terkeluar layout baru tu, maknanya saya tengah godek-godek test themes baru la tuh. kang terperanjat plak, kata anaiz ni gilo ko apo? kojap-kojap tukar layout. 🙂

isk, kira macam hilang arah tuju gitu nak pilih pun. kang payah-payah kang biar je la layout macam nih kan. sapa setuju? sila angkat keyboard. huhu..!!

add note : kesimpulannya, makcik poningggg…!!

Masaelah.. 31/01/2009

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
5 comments

saya ada satu masaelah…

terfikir sendiri, adakah saya seorang saje yang mengalami masaelah ni ??

naper sekarang saya susah nak login guna YAHOO MESSENGER? dah 2,3 minggu saya tak leh guna YM weiii. tension makcikkk…!! nak kata YM ni tak latest, saya dah download yang paling latest. siap install dah pun. ko nak apa lagi YM ooiii…

hari ni saja, saya dah try login berbelas kali. dan setiap kali login mesti ada satu popup keluar. macam kat bawah nih..

21

katanya sign-in problem. please try again a little bit later. dah 2,3 minggu ni, still kira a little bit ker? huhu…!! nak kata lupa password, mission impossible. pejam mata pun saya boleh taip id ngan password tau. nak kata nyanyuk, ingatan saya masih tulus dan ikhlas okeyyy..!! 🙂

then fikir punya fikir, saya try guna meebo. masalahnya pulak, bila tetiba macam line celcom broadband ni tak berapa nak clear, cepat sangat meebo tu ter’disconnect’. kang ada la member2 ingat aku gatal tangan, saja jer suka-suki sign-in & sign-off. isk, malas den..

last-last tanya sorang member apa cara nak pakai lagi. then dia suggest cuba try test tengok pakai trillian. so, search je la kat google. kekdahnya, dah install dah trillian kat notebook nih. sekarang tengah godek-godek functionnyer. pelik la sikit kan. selalu kan dah biasa pakai YM. tukar je sket dah macam jakun la plak. ni la software trillian nyer..

22

layout boleh la tahan. janji leh ber’ym’. tapi saya still prefer yahoo messenger. tapi memandangkan YM dah tak leh nak pakai, nak buat guaner?? kira ok la tu dari takdak..

add note : ada sapa tau, apa masaelah nya nih??

Jom Jawab Tagged 29/01/2009

Posted by ladyanaiz in Tagged.
6 comments

ya, mari kita menjawab tagged. kali ni dari kak mya. ada lagi satu tagged belum buat. nanti saya kasi kautim okeyy..

jenuh gak nak pikir pasal diri sendiri nih. anyway, zassss….

* Here are the rules *

  • List these rules on your blog
  • Share 7 facts about yourself on your blog
  • Tell 6 unspectacular quirks of yours
  • Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
  • Link the person who tagged you
  • Leave the comment for each blogger

7 even facts about me :

  1. anak ke-3 dari 5 beradik. saya anak tengah. saya ada sorang abang, sorang kakak, sorang adik perempuan dan sorang adik lelaki. complete. masa sekolah kecik2 dulu, kawan2 saya sibuk nak cari abang angkat la, adik angkat la, kakak angkat la, saya cakap saya tak mau. sebabnya saya dah ada semuanya..
  2. suka warna purple + pink = purpink
  3. tak boleh berada dalam keadaan yang terlalu panas @ terlalu sejuk @ terlalu letih. kalau keadaan ini berlaku, maka akan terjadi satu perkara pada diri saya yakni, SEMPUT. huhu..!! penyakit keturunan lelah nih..
  4. murah dengan senyuman..
  5. mesti  nangis kalau menonton movie yang sedih-sedih.  giler sensitip. jejejeje…
  6. kalau marah @ tak puas hati, saya diam jer. tak bercakap sehari pun boleh. tu konon nak tunjuk protest la tuh..
  7. tapi kalau marah, selalunya cepat je sejuk…

6ix unspectacular quirks about me :

  1. suka basuh baju. suka sidai baju. tapi paling tak suka, LIPAT BAJU. malas siot nak lipat baju. huhu..
  2. suka sangat beli beg. tak kisah la branded ke tak. janji beg. kadang membazir. sangat tak bagus perangai nih..
  3. moody sket kekadang…
  4. suka jenjalan. ya, teramat-amat lah suka nyer. lagi jauh lagi bagus. 🙂
  5. tengah buat sesuatu kerja, muka saya memang serius. kadang ko cakap apa time aku tengah busy, memang aku malas nak layan. consentrate punya pasal..
  6. kalau bab makanan, tak cerewet sangat. apa-apa pun balunn. janji halal. then mula la bising2 berat dah naik. hikhikhik…

7 even people to be tagged :

  1. ateh
  2. kak zan
  3. marini
  4. mebby a.k.a ezza
  5. alakay
  6. kak combi
  7. angriani

ok, siap…

add note : bagus gak kena tagged nih. kadang tak ada idea nak posting entry, ada tagged pun leh la nak posting something kan. hikhik…statement orang malas.

Cerita Pagi-Pagi 28/01/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
6 comments

saya dah start kerja. hari ni tak ramai staff yang kerja. yang chinese still cuti. tinggal yang malay dengan indian jer. tapi bos saya tak cuti. dia dah start kerja. dia ni memang rajin tahap cipan. hehehe..!! orang cuti dia lagi nak kerja. dats why cepat promote naik pangkat.

harap-harap hari ni tak ramai la customer. kalau tak ramai leh settle kan kerja-kerja yang pending. juga boleh ngular sket-sket. hehe..

citer pasal customer, 2,3 minggu yang lepas ada ramai customer datang ofis saya. macam-macam orang. tapi saya tertarik nak cerita pasal 2 customer yang saya handle nih..

customer 1

customer ni datang bayar premium insurans. malay, lady. sambil buat payment, dia bercerita pasal kepayahan dia nak bayar premium insurans gara-gara ekonomi tengah gawat nih. kesian jugak saya dengar. maklumlah sekarang ni kan banyak company yang nak shut down. dia kata gaji dah kurang. makan gaji basic jer. OT jangan harap la nak dapat. dalam sebulan tak tentu lagi boleh datang kerja ke tak. lagi dipaksa ambik cuti tahunan. tunggu je company call, baru datang kerja. nak kena bayar hutang lagi, insuran, bla..bla..bla.. uih, kesian beb.

moral of story : saya rasa bersyukur tak mengalami nasib macam lady tu. alhamdulillah kerja saya masih lagi stabil. gaji saya pun baru naik lagi. bonus pun dapat. memang rasa bersyukur..
huh, tetiba emo la plak. huhu..

customer 2

ni plak customer indian, guy with his child. guy ni beli insuran untuk anak dia, lebih kurang setahun yang lepas. baru-baru ni anak dia kena leukimia. kesian wei. budak tu baru 7 tahun. very happy child, dia macam tak sedar yang dia tu sebenarnya tengah sakit. very tough girl. guy ni pulak masa mula-mula datang ofis nak buat claim, memang garang giler. pastu saya tolong dia settle kan claim dia, terus jadi baik dengan saya sekarang. selalu terima kasih kat saya sebab tolong dia. baru-baru ni dia beli kfc, hantar kat saya sebagai tanda terima kasih. memang rasa sangat2 terharu. huhu..!!

moral of the story : orang kata, bila kita berbuat baik sesama manusia, kita pun akan dibalas secara baik. ya, saya percaya itu..

——————————————————————

add note :

jeng..jeng..jeng..

pic251

ni la set comforter baru yang telah dirembat di parkson hasil dari kutipan angpau baru-baru nih. pink karer lagi. 🙂

Lagi Cuti Malaysia 26/01/2009

Posted by ladyanaiz in Holiday.
5 comments

lang

tengok gambar pun dah boleh agak saya bercuti kat mana kan. hehe…

ya, saya sekarang berada di langkawi. saja cuti-cuti kat sini. plan ingat nak duduk rumah jer cuti CNY kali ni. tapi mana boleh kan. kalau dah nama kaki jalan, pantang cuti jer, semedang hilang. hehe…

langkawi ni kira macam kampung gak la bagi saya. kampung 1st-sungai petani, 2nd – pulau pinang, 3rd – taiping dan 4th – langkawi la. saya pernah stay lama kat sini, nak dekat 12 tahun duduk langkawi. kira dibesarkan dan bersekolah kat sini. sekarang ni abang sulung saya duduk langkawi. so, kalau datang sini memang lepak2 kat umah dia la. tak yah risau nak cari hotel ke motel ke kereta sewa ker. senang beb..

sekarang kan cuti hari raya cina. bapak ramai giler orang datang bercuti kat langkawi nih. tadi naik bot pun delay nak dekat sejam gak. sepatutnya bot jalan pukul 11.30 pagi. alih-alih pukul 12.30 tgh hari baru jalan. saya suka naik bot ikut kuala perlis. ikut kuala perlis lebih cepat berbanding kuala kedah. kalau dari kuala kedah, mau siap muntah hijau, berjanggut tunggu dalam bot. lambat giler nak sampai. sebab tu saya prefer datang melalui kuala perlis.

tapi kan yang tension nyer bila time cuti-cuti cam gini, semua benda diaorang charge mahal. tadi kat kuala perlis time nak parking kereta, diaorang charge parking rm16 untuk satu hari. ha, ambik ko..!! selama ni kalau saya parking, kadang tak payah bayar pun. tapi standard la kan, time-time gini ni la diorang nak cari untung.

tadi saya cuma jalan-jalan kat area kuah jer. ada gak beberapa perubahan yang berlaku. pastu terus pergi kedai idaman suri. tempat ni kalau tak sesak dengan orang memang tak sah. sekali pelancong singgah kat kedai ni berbas-bas. memang gila-gila kakak2, makcik2 juga pakcik2  ni shopping pinggan mangkuk. shopping sakan. kata kegawatan ekonomi kan. tapi shopping sama jer saya tengok. macam orang tak ada masalah kegawatan ekonomi pun. ekekeke.. but, it’s good. dapat menjana pendapatan negara apabila rakyat selalu keluar berbelanja kann.

anyway, besok saya balik sg.petani dah. dah beli tiket balik masa sampai tadi. kalau tak beli siap-siap, mau lajak tido kat langkawi ni lagi. tiket bot kan macam goreng pisang panas time-time cuti cenggini. 🙂

add note : time jejalan tadi sempat gak rembat beg galas untuk letak notebook den. harga murah sajork. saya beli beg yang galas belakang, gantikan beg yang galas tepi. senang sket nak bawak ke mana-mana…