jump to navigation

Bagus Ke Tak? 01/01/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
trackback

sebanyak 472,060 calon menduduki PMR 2008. 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran.. (dipetik dari utusan)

result PMR baru je keluar. ada anak, adik beradik, sepupu sepapat anda yang menduduki PMR? result ada bagus kah?

adik ipar saya juga salah seorang calon PMR tahun ni. keputusan dia, kira cukup-cukup makan la. agak kecewa jugak bila dengar keputusan dia. tapi bagi saya, dia masih sempat nak memperbaiki diri untuk SPM nanti. kena bagi nasihat dan galakan yang lebih lagi. sebenarnya dia pandai, cuma malas nak berusaha saja.

macam saya jugak, dari UPSR hingga ke PMR memang bersikap sambil lewa bab pelajaran. tak kisah pun nak dapat result apa. tapi alhamdulillah masa tingkatan 4, tetiba baru tersedar. terus rajin belajar, dapat result elok dalam SPM  dan terus boleh masuk universiti. arwah ayah tak pernah memperlekehkan saya kalau keputusan peperiksaan saya tak bagus. tapi arwah selalu bagi nasihat dan berpesan supaya belajar rajin-rajin. alhamdulillah, kami semua 5 beradik dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

ada sesetengah individu yang bertuah, memang pandai sejak dilahirkan. ada juga yang dilahirkan tak pandai tapi kena bekerja keras untuk jadi pandai. dan ada juga yang memang tak pandai langsung tapi diberikan kepandaian yang lain pula oleh allah. semuanya sama rata. terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan hidup masing-masing.

so, tahniah kepada sesiapa yang dapat keputusan PMR yang baik. pada yang tak berjaya @ kurang berjaya, masih ada peluang untuk mencipta kejayaan dalam SPM nanti…

Advertisements

Comments»

1. izan - 01/01/2009

ana…

2008 peratusan meningkat…

harapan 2009 juga akan lebih…. (menaruh harapan)

ye la kak zan. moga-moga 2009 lebih meningkat. sekarang ni ramai student dah pandai-pandai..

2. diya - 01/01/2009

salam kak. alahai. lamanya tak nampak akak. muncul je dah bertukar ke wordpress. huhu. akak sihat ye?

erm.. adik diya ada dapat result pmr baru ni. ada kecewa sikit [yang akak nya dah kecewa, apatah lagi si budak itu]. tapi, mungkin ada hikmah lah. harap2 pasni die tak main2 dah. huhu

hi, diya. akak sihat jer. alhamdulillah. saja akak tukar angin plak. hikhikhik..
best la WP. lebih kemas dan senang nak manage.
pasal PMR ni, itu la diaorang yang amik exam, kita yang frust lebih kan. huhu..!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: