jump to navigation

Lagi Cuti Malaysia 26/01/2009

Posted by ladyanaiz in Holiday.
trackback

lang

tengok gambar pun dah boleh agak saya bercuti kat mana kan. hehe…

ya, saya sekarang berada di langkawi. saja cuti-cuti kat sini. plan ingat nak duduk rumah jer cuti CNY kali ni. tapi mana boleh kan. kalau dah nama kaki jalan, pantang cuti jer, semedang hilang. hehe…

langkawi ni kira macam kampung gak la bagi saya. kampung 1st-sungai petani, 2nd – pulau pinang, 3rd – taiping dan 4th – langkawi la. saya pernah stay lama kat sini, nak dekat 12 tahun duduk langkawi. kira dibesarkan dan bersekolah kat sini. sekarang ni abang sulung saya duduk langkawi. so, kalau datang sini memang lepak2 kat umah dia la. tak yah risau nak cari hotel ke motel ke kereta sewa ker. senang beb..

sekarang kan cuti hari raya cina. bapak ramai giler orang datang bercuti kat langkawi nih. tadi naik bot pun delay nak dekat sejam gak. sepatutnya bot jalan pukul 11.30 pagi. alih-alih pukul 12.30 tgh hari baru jalan. saya suka naik bot ikut kuala perlis. ikut kuala perlis lebih cepat berbanding kuala kedah. kalau dari kuala kedah, mau siap muntah hijau, berjanggut tunggu dalam bot. lambat giler nak sampai. sebab tu saya prefer datang melalui kuala perlis.

tapi kan yang tension nyer bila time cuti-cuti cam gini, semua benda diaorang charge mahal. tadi kat kuala perlis time nak parking kereta, diaorang charge parking rm16 untuk satu hari. ha, ambik ko..!! selama ni kalau saya parking, kadang tak payah bayar pun. tapi standard la kan, time-time gini ni la diorang nak cari untung.

tadi saya cuma jalan-jalan kat area kuah jer. ada gak beberapa perubahan yang berlaku. pastu terus pergi kedai idaman suri. tempat ni kalau tak sesak dengan orang memang tak sah. sekali pelancong singgah kat kedai ni berbas-bas. memang gila-gila kakak2, makcik2 juga pakcik2  ni shopping pinggan mangkuk. shopping sakan. kata kegawatan ekonomi kan. tapi shopping sama jer saya tengok. macam orang tak ada masalah kegawatan ekonomi pun. ekekeke.. but, it’s good. dapat menjana pendapatan negara apabila rakyat selalu keluar berbelanja kann.

anyway, besok saya balik sg.petani dah. dah beli tiket balik masa sampai tadi. kalau tak beli siap-siap, mau lajak tido kat langkawi ni lagi. tiket bot kan macam goreng pisang panas time-time cuti cenggini. 🙂

add note : time jejalan tadi sempat gak rembat beg galas untuk letak notebook den. harga murah sajork. saya beli beg yang galas belakang, gantikan beg yang galas tepi. senang sket nak bawak ke mana-mana…

Advertisements

Comments»

1. Alakay - 27/01/2009

eee…nak pi Langkawi jugak..nak pi nak k pi nak pi!!!! 😛

alakay, jom la mai jenjalan kat sini…

2. mebby17 - 27/01/2009

wahhh..coti2 msia gak eh anaiz..huhuhu last year ezza g langkawi bercuti masa CNY..mmg bapak ramai gilers…ticket kteorg dpt kul4.30ptg..beratur mcm nk giler..delay smpi kul 8mlm…smpi lngkawi dh mlm sib baek kt sana ramai kekwn..dorg tggu gaks smpi ezza dtg..ekekkek…jom anaiz kita g sesama lak next year nak….

eh, boleh sajork. buat kekawans trip melancong kan. gud idea tuh. i sokaaaaa..!! hehe..

3. angriani - 27/01/2009

waaa bestnya
riani tak pernah smpi langkawi lagi tau
uhukksss.dalam perancangan laaaa tuuuuuu

cepat-cepat pergi. best gi langkawi. tapi jangan pergi time cuti2 umum macam ni. ramai giler orang. tak best..

4. combi - 27/01/2009

combi tak prefer gi cuti time puncak sbb tak selesa kan..

2 tahun lepas combi gi genting time krismas..adehh rase serik sgt.tgu kabel car dekat sejam Q pnjg.

pastu setiap kali nak main game kena tgu lagi 1/2 jam.last2 tak smpt buat ape2 dah ptg..

lenkali precious ckp gi time cuti sekolah tp bkn wiken..

baru2 ni kami holiday sgt laa best sbb kuar hari isnin smpi jumaat wiken dok umah.pastu kuar lagi isnin smpi jumaat.jln tak jem,hotel pun byk tak yah booked.

tahun dpn nak round pantai timur..mesti tgu sekolah cuti dulu 🙂

*3 tahun lepas combi & famili gi langkawi.pastu kita sewa teksi & bayar penuh dlm rm100++ tak ingat brape dah lupa.yg paling serik teksi tu mcm malas je nak drive..ade ke 50 ke 60 km/hrs jek.bila nk smpi destinasi.

adehh..smpi combi tegur suruh dia laju sket sbb byk tmpt nak pegi.pastu dia laju..5 minit kemudian slow balik.rase betol2 kena tipu.dah le tak mesra customer 😦

combi stori dgn kengkawan,mmg dorang ni tak tahu bersyukur.customer tu rezeki kan..ade gak kwn combi yg kena tipu pasal sewa keta & drive sendiri.

sehingga kini lansung tak terpikir nak gi langkawi lagi.

bagus jugak idea kak combi. saya pernah pergi genting time CNY gaks. memang serik tak mo pi dah. ni pun sebab langkawi, selalu pergi. mana tau kali ni pergi mak aiiii…ramai giler orang. tadi nak balik patut bot pukul 5.30 ptg, tapi jalan pukul 6.30 ptg. ni pun baru sampai umah. letihnyaaaa..!!

5. catz - 29/01/2009

Langkawi is a perfect place for vacation. beach..shoping..island hopping..seafoods,nice hotels…
i lurveee it so much…dah banyak kali pergi dan last year 2 kali ke sana..tak jemu..dan entah bila nak sampai lagi..if cuti2 Malaysia, Langkawi is always in my mind..perfecto!! hahaha..
happy holiday!

saya pun suka gak gi langkawi. macam balik kampung. catz u lagi best, jejalan sampai borobodur. lagi syiokkk..!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: