jump to navigation

Hut Hut 20/02/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
8 comments

lama saya tak hapdet lor. hmm, biasa la bila mana roh malas dah masuk badan nih. huhu..!!

tapi nak citer gak pasal ari selasa ari tuh, lepas ofis hour terus zassss ke bandar perda dengan en.fizal. masing-masing dah ngidam nak makan pizza.

plan asal nak gi beli kasut en.fizal. sebabnya telah terkoyak di tepi. maklumlah kaki hulk hogan. ekekeke…

tapi last-last, lain pulak yang dibeli nyer. en.fizal beli perfume la pulork. perfume dia tinggal beberapa titis jer lagi. en.fizal kalau pakai perfume, memang tak hinggat dunia punya. sampai ke perut pun dia nak tembak perfume. mana tak abis cepat. huhu…

tapi takper, saya ngikut jer. dia yang bayor. hehe..!! janji ada orang belanjer makan kan..

ok, meh kita layan je gambo..

jj2

jusco bandar perda..

jj3

hut hut nyer. nice design..

jj5

layan sup hingga menjilat sudu. ekeke…

jj7

en.fizal suka benor pakai t-shirt nih. macam la betul2 employee of the month. cangkung je lebih. hehe..

jj61

muka orang yang kekenyangan. harus lah senyum kan. eh, tetiba aku rasa muka aku macam suci la pulork. perghhhh…..!!

add note : weekend yang itam legam gara-gara mandi kat water park. huhuu..!!

New ;) 15/02/2009

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
3 comments

pssstttt…pssstttt…

meh nak citer…

saja nak menunjuk sket ari nih…

saya beli camera baru…

cam2

itu je den nak citer. hikhikhik..

ala, beli murah-murah sajork. aku tahu korang nyer kamera ribu-riban. lagi kamera nikon SLR la, PQR la, RSTU la. hehe… saya beli samsung, main rat-rat je. dapat tangkap gambar pun dah besar rahmat. wah…

tapi takper, yang penting kaler pink. jejeje…

p/s : rat-rat tu ratus-ratus ye kekanak…

Valentinekah??? 14/02/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
3 comments

hari ni hari cuti. jadiknya pepagi lagi dah keluar. banyak agenda nak kena gi nih. salah satunya, saya nak ke kedai kek. pergi dengan en.fizal, mak dan anak sedara saya, juma..

juma1

ini la juma..

nak carik kek untuk celebrate satu hari yang istimewa. wah, gituu.. kira hari ni, hari yang agak special untuk saya ngan husband..

pilih punya pilih, last-last decide amik kek yang slice sajork. saya amik tiramisu dan blueberry chocolate jer..

juma2

ya, ini model kecit yang keypoh sket..

aku nak sambut hari apa nih???

hari ni hari jadi en.fizal. kebetulan pulak sama hari dengan valentine day.

HAPPY BIRTHDAY, EN.FIZAL. moga panjang umur dan dimurahkan rejeki…

memang kami selalu beli yang slice jer kalau birthday ker, anniversary ker. ater tak ramai yang makan. kat rumah ada 3 orang. mak saya bukan makan sangat. manis kan. so, buat apa beli banyak2. kang membazir plak. ya, kami laki bini memang save budget. hahaha..!!

add note : saja kasik gemparrr. aper, ko ingat aku gatal-gatal nak sambut valentine?? takder maknanya. tak main la sambut-sambut valentine nih. it’s so not me. aperrr barannngggggg…!! jangan nak jadi orang putih kerana yang pastinya ko tak putih mana. jejeje…

i folllooowwww….

And The Award Goes To…. 14/02/2009

Posted by ladyanaiz in Tagged.
2 comments

saya dapat award baru-baru nih. tapi kan title cute tu untuk blog atau tuan blog? tetiba saya confuse di situ. pepehal, saya memang cute. *sila muntah darah..

apa-apa pun, terima kasih la untuk alakay kerana beri award ini kepada saya. sorry sebab lambat menjawab. tugasan di ofis tidak membolehkan saya untuk berblog. buat mak saya yang berada dirumah, terima kasih kerana sanggup membiarkan diri ini berblog sepanjang hari tanpa memasak. buat en.fizal, kenang daku dalam doa mu. hehe..!! arghhh….tetiba meraban. abaikan disitu.

okey, syarat-syarat nak terima award nih kena jawab soalan. meh kita menjawab…

Link or tell a bit about the person who gave you award..

alakay??? hmm…aiseh, kenal pun sikit2 jer nih. kenal pun melalui blog. kita cuba ok. alakay, kalau saya silap2 mintak maap dari ujung rambut sampai ujung telinga. hehehe…

  1. saya suka baca blog dia sebab banyak info yang saya tak tahu. sebab saya memang malas nak google. so, konsepnya macam dia tolong google, then saya tolong baca. hehe…ya ampun..
  2. teror bab agama. kadang segan nak merapu-meraban bila tinggalkan komen. huhu..
  3. umur dia 35 tahun. so, dia lagi tua dari saya. jadiknya, saya memang respect dia.
  4. dia pandai bahasa inggeris…

Each one of you who received this award must list down 10 facts/ hobbies about yourself..

  1. suka teh ais
  2. suka beli tudung
  3. pemarah gak tapi cepat je cool
  4. suka bawak keta laju-laju
  5. moody sket kekadang
  6. suka cakap banyak
  7. selalu senyum
  8. suka makan
  9. suka jenjalan cuti-cuti malaysia
  10. suka berkawan

ok, siap utang. saya dengki jadi tak nak share award ni. so, saya tak mo kasik kat sesiapa pun. boleh gituu??

CSI 10/02/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
9 comments

memang shilaker. rumah saya kena masuk pencuri lagi…

kan saya pergi bercuti ke KL weekend ari tuh. tinggalkan rumah 2 hari je pun pencuri suka nak masuk. selamat tak ada barang berharga yang hilang. sebabnya saya dah sediakan payung sebelum hujan.
*ko ingat ko pandai ye pencurik, aku lagi pandai tau. yehaa..!!

malam tadi sampai je kat umah dalam pukul 12 tengah malam, dengan harapan yang menggunung tinggi nak landing terus  je atas katil. saya, en.fizal ngan mak masing-masing dah nak tersembul bijik mata. punya la ngantuk. bukak je pintu umah, saya pijak je lantai rumah, dah rasa berpasir. that time jugak saya dah dapat detect, memang ada pencuri masuk rumah. begitu terror saya leh detect, sebab ni bukan kali pertama rumah ku dimasuki pencuri. huhu..

ruang tamu semua ok, bilik belakang ngan bilik tengah pun ok, dia tak masuk sebab berkunci. cuma bilik depan yakni bilik saya jer yang kena proses. bilik saya tak kunci sebab kunci nyer rosak. tapi mujur saya tak tinggalkan barang berharga. semua saya angkut bawak gi jenjalan sekali. dah pernah kena kan, mesti la selalu beringat.

masuk je bilik, tengok semua pintu almari dah terbukak. pastu pandang kat meja solek, lacinya sudah takdok. ha kau, kali ni sekali dengan laci-laci dia bawak keluar. pastu en.fizal ronda-ronda kat sekitar laman umah. cermin tingkap pecah 3 ketul. pastu laci meja solek tu dia letak kat pokok sirih tepi umah. maybe pencuri tu dah godek2 tapi tak ada benda berharga yang dia dapat, dia tinggal je la kat luar nun..

pic292

pastu saya dan en.fizal terus zassss ke balai polis. buat report. sembang gedebuk-gedebak ngan pegawai penyiasat polis, citer abis la dari A sampai Z. namanya pegawai penyiasat tuh, en.abas.

berdasarkan CSI dengan en.abas tuh, katanya ni bukan kali pertama kes2 macam nih. dia pun ada beberapa suspek yang memang ada dalam list dia. kali ni harap2 dapat la pencurinya. kalau jumpa, rasa nak tampa laju-laju jer muka pencuri tuh. aisehhh.. 🙂

hasil sembang2 dan pengalaman en.abas tuh, nak tahu pencuri tu masuk ikut mana?

pic3001

ripley believe it or not???? yes, you have to believe it. kecik je kan. ha..!! memang pencuri tu boleh masuk ikut tingkap ni.

kalau korang perhatikan, tingkap paling atas tu lebih besar sikit berbanding tingkap yang bawah-bawah tuh. memang di design begitu kah?? entah ler. balik nanti sila check tingkap rumah anda. jejeje….

en.abas kata lagi, suspek dalam list dia tuh, pencuri ni memang kecik orangnya. pencuri tu dah biasa kena tangkap. lagi pulak en.abas tu siap suruh pencuri tu buat demo masuk rumah melalui tingkap. memang dia lepas..

then lepas interview, en.abas terus datang umah saya. sampai je umah, dia pun buat la siasatan CSI nyer. tangkap gambar, interview bagai. nak dekat pukul 3 pagi baru settle semuanya.

kesudahannya, saya EL hari ni.

add note : siot la. abis cuti aku. kena amik jugak EL. tak berjaya mempertahankannya. pagi tadi aku tak terjaga masa nak pegi kerja. so, aku tido jer la kerjanya sepagian hari ni. huhuhu..!!