jump to navigation

Hari Ini, Di Ofis Saya Sgt Mengantuk 03/02/2009

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
trackback

panjang siot tajuk aku…

kejap je kan dah bulan februari. baru je rasa orang sibuk-sibuk nak sambut new year ari tuh. dah masuk bulan 2. cepat sungguh. sebulan dah berlalu, saya still dapat pertahankan MC, EMERGENCY LEAVE, ANNUAL LEAVE saya. yeayyy!! still belum guna. ngehngehngeh…

kenapa saya bercakap sedemikian? 🙂 sebabnya tahun lepas bukak jer tahun 2008, saya orang terawal amik MC. so, tahun ni saya dah insaf sket.

minggu ni kerja kat ofis macam slow. hari ni pun customer tak ramai, bos pun tak ader. tadi sepagi je semua kat ofis bersembang je kerja nyer. perghh..sembang sakan. hambik kooo…

nak dekat 1 hour kami bersembang. dari cerita pasal kerja, anak-anak masing, sejarah malaysia, makanan, isu perkauman, masalah negara, macam-macam lagi la. semua citer keluar. hehehe..!! balik pun awal. sampai rumah matahari still ada. kalau tak, jangan harap la saya nak balik awal. selalu balik malam jer. huhu..!!

atuksleepy

pokcik di atas, bukan lah pakcik sesiapa. gambar ihsan dari google.

akceli hari ni kat ofis, saya teramatlah mengantuk nyer. pasal apa?? sebab malam tadi saya tak dapat tido dengan nyenyak nyer. saya stay di kawasan taman perumahan. nak meletup je rasa taman ni malam tadi. kuat diaorang bakar mercun. bising dowhhh…!! mujur saya tak ada anak kecik. kalau tak, dah terkejut pat belas kali..

kan chinese still sambut CNY. difahamkan hari ni chinese yang berbangsa hokkien yang sambut raya. that’s why ada pasang2 mercun semua. tapi atas sebab kita hidup berbilang bangsa di bumi malaysia yang terchenta ni, ewahhh.. saya redhakan ajer. biar la mereka beraya dengan gumbira. masing-masing ada budaya sendiri kan. yes, i really respect that…

anyway, agenda malam ni : NAK TIDO AWAL, yeahh!!

mata dah nak tersembul nih. ngantukkkk giler. so, selamat malam…

add note : astro ni, berapa kali ko nak tayang citer jangan pandang belakang nih. ya, aku dengki. sebab aku tak suka tengok citer hantu….

Advertisements

Comments»

1. shake - 04/02/2009

kan astro byk chanelnya..awaq duk pi bukaq yg pandang belakang…I pun tak suka yg pandang belakang ni bahaya..silap hari bulan jatuh dalam lokang…selamat malam anaiz..tido elok-elok noi..jangan duk pandang belakang..!!!

uii, malam2 takut nak pandang belakang. jangan kata jatuh longkang ja. silap-silap jatuh katil. ekekeke…

2. Alakay - 04/02/2009

kurangkan makanan berminyak/berlemak and selalu la bersenam untuk tak cepat lemah dan ngantuk..;-)

hikhikhik…gud idea. tapi time cuti je la yang leh bersenam pun. huhu..!!

3. KM - 04/02/2009

musim siang & malam panas ni, memang kita cpt letih & mengantuk si. So, tidolah di umah anda, jgn tido di pejabat hehehehe……

hahaha..!! selamat kelmarin tak tertido di ofis. hari ni harap mata cargas jer lor…

4. kak ja - 04/02/2009

No wonder dua mlm lepas berdebum berdebam bunyi mercun.. Hokkiens sambut CNY semlm ghopernya…

hmm..ye la kak ja. chinese kan berbagai bangsa. ada hakka la, hokkien la..

5. mya - 04/02/2009

akak tak amik MC dgn EL lagi. tp AL dah amik.. hntr yaya sekolah.. 😀

hehe…itu leh excuse. saya berjaya mempertahankannya lagi walaupun hari ni sakit perut. hikhikhik…

6. eedany - 04/02/2009

Annual leave saya sudah hilang 1! Huhu…. Sick leave minta2 janganlah dulu…hehe…

Kalau semua orang kat Malaysia ni macam anaiz respect dengan budaya kaum lain kan best… Malaysia pun tak adalah timbul isu perkauman.

macam kat blog saya… ada juga yg ejek2 bangsa emak saya… Buat saya panas tapi sekarang dah ok lepas membebel kat blog hehe…

Cuba tengok entry ini… http://eeda-ny.blogspot.com/2009/01/i-love-my-family.html

Tata anaiz… 🙂

oh, ye ker? ada jugak ke. teruk la. kita kena terima budaya orang lain. sebab kita hidup berbilang bangsa.
saya berjaya mempertahankan leave saya lagi. hohoho..!!

7. combi - 04/02/2009

mmg cpt mase berlalu.. 😦

rase mcm baru nak start azam bagai dah masuk feb :p

combi pun tak suke citer hantu tp precious mmg peminat tegar 😀

siok ni tdo cuaca mendung & berkabus hehe :p

berani la precious. saya iklan pastu ada tunjuk sinopsis citer antu pun, dan dan tukau channel. sungguh tak suka. penakut sungguh. huhuu..!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: