jump to navigation

CSI 10/02/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
trackback

memang shilaker. rumah saya kena masuk pencuri lagi…

kan saya pergi bercuti ke KL weekend ari tuh. tinggalkan rumah 2 hari je pun pencuri suka nak masuk. selamat tak ada barang berharga yang hilang. sebabnya saya dah sediakan payung sebelum hujan.
*ko ingat ko pandai ye pencurik, aku lagi pandai tau. yehaa..!!

malam tadi sampai je kat umah dalam pukul 12 tengah malam, dengan harapan yang menggunung tinggi nak landing terusΒ  je atas katil. saya, en.fizal ngan mak masing-masing dah nak tersembul bijik mata. punya la ngantuk. bukak je pintu umah, saya pijak je lantai rumah, dah rasa berpasir. that time jugak saya dah dapat detect, memang ada pencuri masuk rumah. begitu terror saya leh detect, sebab ni bukan kali pertama rumah ku dimasuki pencuri. huhu..

ruang tamu semua ok, bilik belakang ngan bilik tengah pun ok, dia tak masuk sebab berkunci. cuma bilik depan yakni bilik saya jer yang kena proses. bilik saya tak kunci sebab kunci nyer rosak. tapi mujur saya tak tinggalkan barang berharga. semua saya angkut bawak gi jenjalan sekali. dah pernah kena kan, mesti la selalu beringat.

masuk je bilik, tengok semua pintu almari dah terbukak. pastu pandang kat meja solek, lacinya sudah takdok. ha kau, kali ni sekali dengan laci-laci dia bawak keluar. pastu en.fizal ronda-ronda kat sekitar laman umah. cermin tingkap pecah 3 ketul. pastu laci meja solek tu dia letak kat pokok sirih tepi umah. maybe pencuri tu dah godek2 tapi tak ada benda berharga yang dia dapat, dia tinggal je la kat luar nun..

pic292

pastu saya dan en.fizal terus zassss ke balai polis. buat report. sembang gedebuk-gedebak ngan pegawai penyiasat polis, citer abis la dari A sampai Z. namanya pegawai penyiasat tuh, en.abas.

berdasarkan CSI dengan en.abas tuh, katanya ni bukan kali pertama kes2 macam nih. dia pun ada beberapa suspek yang memang ada dalam list dia. kali ni harap2 dapat la pencurinya. kalau jumpa, rasa nak tampa laju-laju jer muka pencuri tuh. aisehhh.. πŸ™‚

hasil sembang2 dan pengalaman en.abas tuh, nak tahu pencuri tu masuk ikut mana?

pic3001

ripley believe it or not???? yes, you have to believe it. kecik je kan. ha..!! memang pencuri tu boleh masuk ikut tingkap ni.

kalau korang perhatikan, tingkap paling atas tu lebih besar sikit berbanding tingkap yang bawah-bawah tuh. memang di design begitu kah?? entah ler. balik nanti sila check tingkap rumah anda. jejeje….

en.abas kata lagi, suspek dalam list dia tuh, pencuri ni memang kecik orangnya. pencuri tu dah biasa kena tangkap. lagi pulak en.abas tu siap suruh pencuri tu buat demo masuk rumah melalui tingkap. memang dia lepas..

then lepas interview, en.abas terus datang umah saya. sampai je umah, dia pun buat la siasatan CSI nyer. tangkap gambar, interview bagai. nak dekat pukul 3 pagi baru settle semuanya.

kesudahannya, saya EL hari ni.

add note : siot la. abis cuti aku. kena amik jugak EL. tak berjaya mempertahankannya. pagi tadi aku tak terjaga masa nak pegi kerja. so, aku tido jer la kerjanya sepagian hari ni. huhuhu..!!

Advertisements

Comments»

1. draudhah - 10/02/2009

cari doa pelindung rumah la mek…

ada buat. tapi still masuk gak. camner tuh? tapi nanti nak kena buat selalu nampak gayanya.

2. nurul - 10/02/2009

hii sis .. =)
pencuri2 tuh xde keje tuh laa dowang mencuri ..
tapi kalau ye pun xde kje g laa sapu sampah tolong bersih kan negara kita nieh lagi baek ..
ade jugak laa kje kan.

itu la. menyusahkan orang je derang nih. mujur tak ada barang ilang. huhu..!!

3. MariaFaizal - 11/02/2009

Salam. Al Fatihah to Roses/CabaiKering’s father who passed away last night.Deepest condolences to Roses/CK & family.

thanks for the information. al-fatihah..

4. mya - 11/02/2009

sungguh jahat itu pencuri!! dik, jaga2 ek.. takut kang wktu awk ada kt umah, diorang berani gak masuk… iskk.. seriau la..

itu la. kena pasang grill la nampak gayanya. masuk rumah, saya bersilat la nanti. hikhikhik…

5. catz - 11/02/2009

aaa…kesiannya..nasib le takde brg hilang…eh betui ke boleh lolos masuk ikut tingkap tu?.ajaib je kan…
maybe kena pasang grill/ jeriji yg petak2 tuh..sure dia takleh lolos..

catz, sekarang tgh berkira-kira nak pasang grill la nampaknya. memang boleh bolos. boleh masuk citer BOLOS ni. sure dia menang. huhu..!!

6. mebby17 - 13/02/2009

adehhhh..ciannyer anaiz..huhuhuhu geram nih lau ezza dpt itu penyamun lumat ezza titik dia taw….kureng sungguh dorg ni…tk cr anaiz

ezza, saya rasa nak tampar je diorang nih. huhu.. geram betul. umah sendiri ada, nak masuk umah orang jugak. buduh..!! hehee…

7. izan - 13/02/2009

ana,

kasi extra lagi…. pasangkan itu grill…. itu pencuri memang suka bagi org kecut hati…. nasib dia masuk waktu orang takda, kalau dia masuk waktu ada orang..haaaa… hehe

ana…tu yang selalu k zan ni risau, samada rumah berisi ke maupun waktu kosong… mereka ni tak kira orang. tangkap satu, satu baru lagi timbul… berjaga-jagalah aje kita ni… nasib ana dah buat sesuatu yang betul, iaitu bawa sekali barang berharga.. kurang kehilangan.

itula risau jugak kalau dia masuk time orang ada kat umah. risau kat mak jer. tapi kalau malam normally kami kunci pintu bilik..

8. cabaikering - 13/02/2009

anaiz.. ciannya..

baru ada masa nak baca belog nih.. huhuhhu

nasib baik beg duit baru tak hilang kan?//

itu la. purse baru bawak gi jenjalan. hehee..
kak ck, salam takziah okeyyy…

9. combi - 14/02/2009

amboi berderet n3 baru..mmg produktif πŸ™‚

kocik beno pencurik tu..adehh mmg dia menten bdn tu sbb dah plan bole masuk lubang kecik huhu.. kot laa πŸ˜€

apapun dia masuk time ana teda..tp skrg ni pencuri masuk mmg time tuan umah ade sbb dia nak samun semua brg2 yg kita ade..takut arr 😦

kalo kat sini dorang main pukau..masuk time kita tdo.combi sgt fobia bila dgr pencurik ni main pisau bagai.sblom tdo kena baca ayat kursi sebagai pendinding.

sekarang dah berubah. selalu kena produktif. ewah. hehe…
kak combi, kira badan saiz XXL tu memang tak leh masuk la kan. pukau2 tu yang takut nih. huhuu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: