jump to navigation

Bergelap 28/03/2009

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
7 comments

60

korang support ke earth hour? aku tengah bergelap gelita skrg kat umah nih. tapi aku on kipas, tv dan notebook je. eh, itu kira support gak kan? argh, belasah jer. janji aku tutup lampu..

akceli aku baru tahu pasal earth hour ni rupanya satu dunia yang implement benda nih. aku ingat malaysia jer. jahil plak rasa. hehe… tapi ada jugak jiran-jiran kat taman umah aku ni yang tak berapa nak prihatin. tak tutup lampu pong. hmm, gasak ko la kan. janji aku support…

earth

for our earth, yeahhh…!!

Advertisements

RFC 25/03/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

ahad malam hari tuh, saya dengan en.fizal tak tahu nak kemana. last-last lepak kat Radix Fried Chicken (RFC). sejak pembukaan RFC ni, aku tak pernah datang lagi sini. ni kira kali pertama la menjejakkan kaki, tangan dan mulut kat sini. tetiba je mulut terasa nak makan ayam neh..

pic339

RFC ni kira HPA industries yang produce. ala, company yang produce kopi radix tu. kira RFC ni antara product2 yang dikeluarkan oleh HPA.

kalau datang ke sungai petani, restoren fast food ni memang agak glamer sket di kala ni. ayam yang dimasak adalah  guna ayam organik. rasa lain macam sket. kira rasa lebih selamat makan gitew. air cola, roti, potato, sos…senang citer semua product dalam RFC ni HPA la keluarkan…

pic333

set yang ada 3 ketul ayam. kalau kat KFC tu macam dinner plate ler. tapi seketul ayam telah dirembat rapppaaatttt oleh en.fizal..

pic337

burger nyer..

pic336

air kola nyer. alamak, airnyer tak nampak la pulork. warna sama je macam coke. tapi rasanya lain sket…

anyway, sedap gak. layan jesss…

Sisterhood Award 25/03/2009

Posted by ladyanaiz in Tagged.
add a comment

entry ni untuk sesi melangsaikan hutang. kali ni dapat award dari kak mya…

sisterhood award dari kak mya gorgeous…

suker tau akakkk kalau dapat-dapat award cam neh. jadiknya saya dengan seikhlas hati, nak menganugerahkan award ini kepada rakan-rakan bloggers yang baik hati. antaranya ialah :

alakay
kak zan
marini
mebby
nurul

semoga terima award dengan sebesar hati đŸ˜‰

Tagged Pasal Married 23/03/2009

Posted by ladyanaiz in Tagged.
4 comments

sepanjang “ketiadaan” saya selama sebulan ari tuh, saya nak langsaikan utang dulu yer. mula-mula nak jawab tagged dari rini. ni tagged pasai orang kawen-kawen nih. moh le kiter jawabbbb…

1. When was your engagement?
isk, soklan pertama pun aku dah lupa nih. jap, mak nak ingat neh….
tapi yang pastinya aku bertunang tahun 2006, sama hari dengan kakak aku akad nikah. dua event dalam satu majlis. save budget bro, standard la kan…

2. When is your marriage anniversary?
10 Mac – ni kira tarikh akad nikah ler…

3. How long have you known your spouse?
masuk tahun ni dah 6 tahun..

4. How long did you date before you got engaged?
dua tahun jer. sebabnya, aku dah gatal nak menikah. huahuahua…

5. Where did you meet your spouse?
first date dekat KFC butterworth. time tu budget ciput jek. KFC pun KFC la…

7. Do you have any children?
nop, belum ada rejeki lagi…

8. How many?
ni yang aku terbakar nih. cuba la satukan soklan tuh…

9. Do you have any pets?
aku tak suka bela binatang. kucing ker, arnab ker, hamster ker, memang aku tak suka. aku geli sket dengan binatang nih. aku memang bukan pencinta binatang. huhu..

10. Do you own or rent?
nak kata own pun bukan, rent pun bukan. kira macam free la sebab aku duduk dengan mak aku. ngehngehngeh. tapi aku bayar semua bil-bil okeyyy…

11. Do you live in the country, city/town?
aku stay kat sungai petani. kategori ala-ala town gak kan…

12. What is your favorite activity you do together?
gi makan-makan dan cuti-cuti malaysia. marveles. sementara tak ada anak lagi nih, kira kami enjoy the moment gitew…

13. Do you have a favorite vacation spot?
semua tempat yang aku gi vacation, semua macam feveret jer…

14. How many siblings do you have including in-laws?
mine : 5 + en.fizal : 5 = total : 10

15. What mosque do you attend?
surau al-mukmin, taman delima. dekat umah aku, jalan kaki jer….

16. Is this the mosque you got marrried in?
tak. aku kawen kat masjid taman intan, sungai petani..

17. What town is your current address?
isk..isk..lenkali sila satukan soklan. kang ada yang kena tangan nih. skrg aku duduk sungai petani ler.

18. Do you work or stay home?
aku bekerja sepenuh masa. tapi teringin nak jadi suri rumah kalau aku adalah kaya. huhu…

19. Where did you go for your honeymoon?
officially honeymoon takder. tapi untill now, setiap kali pergi vacation, itu la honeymoon aku. huahuahua….

20. Leave a piece of marriage advice
sapa pun jodoh kita, itu ketentuan dari allah. jangan terlalu memilih sebab nobody is perfect. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. diri sendiri pun tak se’perfect’ mana. jadi, terima dia seadanya dan redha. hati akan jadi lebih tenang…

21. Nak tag sapa yer..
angriani
kak cabai kering
kak combi
kak ja
kak zan
mebby

Ya Amppuunnnn..!! 22/03/2009

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

bismillahirrahmanirrahim…

selama sebulan penulis blog ini menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. sekarang penulis telah selamat  menemui jalan pulang…

ya ampunnn, lamanya gak saya tak update blog. selama itu lah, saya tak jenguk ke blog korang. kenapa? mengapa? bagaimana? siapa? saya sendirik pun tertanya. ewah..

sebenarnya saya sehat jer. cuma ada beberapa alasan yang membuatkan saya tak update blog neh…

alasan pertama, broadband saya slow giler. korang tak tahu betapa membaranya jiwa aku dari sebulan yang lepas sehinggalah sekarang. aku tengah update entry ni pun, memang terbakar hati aku, meletop-letop, kebaboommm. aduh la. aku tahu mungkin tak ramai hadapi masalah macam nih. maybe ada la dua tiga kerat. aku pun tak tahu apa kena dengan internet aku nih. bila aku masuk blog korang, gambar yang korang show, secara otomatiknya aku tak leh tengok. aku leh baca tulisan jer. itu pun berjanggut aku tunggu. boleh siap gi mandi-manda, makan-makan dulu baru nak leh tengok. hampehh. jadiknya, secara otomatiknya, terus terpotong stim aku nak berblog. (catz, ko dah overcome ke problem nih?? kalau dah, sila la kasik tips kat aku sket. huhu…)

so, macam mana la aku nak tinggalkan komen kat blog korang? kang meraban aku tinggalkan komen kang, tak best plak. kat ofis plak aku tak leh surf internet. internet adalah kena banned sama sekali. so, tak leh la nak bertenet…

beberapa minggu lepas pun en.fizal ada pergi tanya celcom apa pasal lambat sangat. CS officer tu kata maybe aku pakai window vista. kurang support sket. tu pasal slow. sebab CS officer tu pakai window XP, ok laju jer. aku pun tak tahu la kan ye ker tak. lama giler aku dah tinggalkan bidang2 IT nih. so, aku tengah berkira-kira, tolak, tambah, campur, bahagi nak tukar pakai XP jer. janji kasik laju sket broadband nih. itu akan ditentukan kemudian. kasik aku time nak settle kan masalah ni…

alasan kedua, aku ada masalah tekanan jiwa dan perasaan kat ofis sket. adooii, ni lagi satu bab. tapi mana-mana kerja pun mesti ada masalah kan??? tak nak citer la. lambat laun akan settle jugak problem nih, kan janet kannnn. (sila angguk kepala, tanda anda pun setujukk..) atas alasan ini, mood nak update blog pun macam termati je kat situ. boleh??

alasan ketiga, aku sekarang tengah gigih study. poyo siut statement. kehkehkeh. ari tu aku ada apply KPLI. so, ujung minggu ni (28hb mac) kena amik MTEST. so, kena kasik perhatian sket la kat exam nih. balik ofis pun dah macam tired giler. pastu nak kena membaca plak. hmm, ko ingat aku rajin sangat? tapi memandangkan aku memang nak jadik cekgu sekolah, aku kena jugak study. tu pasal aku malas nak update blog. ya, lagi alasan dari aku, hehe..

so, itu la alasan kenapa aku tak update blog yang aku rasa munasabah gak la. ok, gitew??

note : nak kasik redha kemarahan, kesusahan, kebaraan dalam jiwa aku dulu. hmm, lepas aku settlekan alasan no satu tu, aktiviti blog hopping akan berjalan seperti biasa.

sekian, terima kasih…