jump to navigation

ter-cancel 27/10/2010

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
add a comment

uik, lawatan mereka adalah tercancel sebab flight delay..

note : lega kah????

add note : aiyark, baru dapat info. maybe datang besok….

ADD NOTE 2 : CONFIRM TAK DATANG..KO NI MAIN-MAIN LAHHHH..!!

melawat 26/10/2010

Posted by ladyanaiz in Itu..Ini...
1 comment so far

besok CEO akan muncul di ofis bersama GM baru. mereka dalam rangka lawatan ke northern region. sudah pastinya alor setar pun termasuk dalam rangka lawatan.

aduss, aku seriau betul. apa yang aku risaukan pun aku tak tahu la. huhuhu… 

aku selaku orang yang incharge branch ni mmg agak seriau ler. dia ni serius sket orangnya tu yang buat aku risau. kang tak larat menjawab plak @ takut ada benda yang tak leh jawab. lagi la haru.

tapi preparation dah buat. so, besok…hentam saja la labu.

note : datang je la…!!

ada kesedaran kah? dush..dush.. 26/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

minggu lepas, masa aku otw balik dari tempat kerja kan, berlaku la kesesakan lalu lintas yang maha hebat wah, hebatkah? kat simpang apa namanya tah. tapi kat alor setar nih la. mmg jalan tu every day aku lalu. jalan low way kan. pepaham je la kesibukkannya itu…

kebetulan pulak, trafic light rosak kat simpang empat tuh. makanya semua manusia hilang kesabaran, hilang pertimbangan, semua berebut-rebut nak jalan dulu. last2 semua kereta stuck kat tengah simpang. diulangi STUCK okeyyy… sapa pun tak leh lalu. padan muko. sekali dengan aku2 pun tak leh lalu. lagi sekali padan muko. hampeh tul…

nak bergerak sikit pun tak leh. ada la dalam setengah jam tak bergerak. ater macam mana nak bergerak, dah stuck in the middle kan. walaupun setengah jam sajork, tak la lama mana kan. cuma aku heran sikap kesedaran manusia yang semua berlumba-lumba nak pegi dulu. yang lori ngan bus, ko tak payah citer la. tak padan ngan bosar. pun nak menyumbatkan diri kenderaan jugak. tak paham aku. macam la ko leh lepas kalau ko gi dulu… last2 lagi sekali ko ter”STUCK ” disitu. ha, ambik..

tu la suka sangat menerapkan sikap – KO MASUK YEK, AKU PUN NAK MASUK JUGAK. MANA BOLEH KASIK CHANCE – yang begitu tebal dalam diri masing2, tu pasal jadi macam gini.

lama gak la kena tunggu abang polis nak sampai. bila dah sampai, boleh lak lepak tepi, relek sambil tengok dulu. mungkin abang polis tu tengah fikir strategi macam mana nak kasik settle. nak leraikan ke”STUCK”kan tu pun polis kena fikir strategi jugak woo. kang keta berlanggar kang, naya jer kena maki.

isk, dunia..dunia…

note : sabar itu separuh daripada iman…

cerita pepagi 25/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

semenjak aku kena transfer kat alor setar ni, perjalanan antara  SP-AS memakan masa lebih kurang sejam baru nak sampai. so, mmg keja long distance ni penat sket. kadang aku ikut highway. kadang aku ikut jalan low way maknanya free dan tak yah bayar tol. hehe..

tapi kalau jalan low way, ko paham2 sendiri la. mmg tak kena tol. tapi ko kena berdepan dengan lori yang banyak satu hal. keta, ya ampun…mmg berderet-deret. tu belum citer lagi maknusia yang bawak keta slow macam nak gi kenduri lagi. mmg menguji kesabaran. tapi aku perasan kan, sejak aku lalu low way ni, aku lebih tenang dan banyak bersabar bila memandu. ewah… kalau tak mulut aku ni manjang je kuar perkataan yang tak sepatutnya. hehehe….

so, selalunya tempat aku bersarapan adalah dalam kereta. kadang aku menyinggah R&R Gurun, beli makanan then makan dalam keta. itu la rutin aku pepagi. kalau tak R&R gurun, gerai makcik2 tepi jalan pun aku menyinggah beli makanan.

pagi ni sarapan kita, sandwich 2 ketul yer anak-anak..

sekian, terima kasih…

note : dilemma. nak pindah ker, tak nak pindah???

kautim 24/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

wah lega makcik..

baju dan tudung dinner dah jumpa. legaaa…

dah 3 hari aku bertekad sakan cari baju. last2 settle gak. untuk baju dah kautim. aku beli dress hitam ada belt kaler gold sket. tudung pada mulanya aku plan nak beli jer. tapi warna plak tak berkenan. puas aku cari tudung kaler itam ada unsur gold, tapi tak jumpa. last2 aku beli kain, suruh tailor tolong jahit. ni pun baru je balik dari umah tailor. sekarang leh tidur lena. ha kau, punya la over preparation tau…

tadi aku pergi jakel beli kain untuk tudung. baju tu tak la hebat sangat. tapi boleh la. janji adoo. yang penting MURAH..

aku pun suka2 je nak gi dinner. dah semua di tanggung kan, pergi je la makan kan. kang gi dinner pakai t-shirt ngan jeans kang, orang sibuk mengata aku plak. ko ni tetiba dari planet mana kan…

emm, baju dah ada. tudung pun dah ada. kasut ngan beg pun dah ada. itu pun tahun lepas punya. arghh… bedal lah…

so, kautim..

note : tadi gi tesco pekena ice-blended coffee caramel with bubble. rasa macam nak pi beli lagi secawan jer. argh…sedapnya…!!