jump to navigation

terkono jugak 03/11/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

hari ni aku agak awal sampai ofis. pagi tadi aku datang office keadaan masih macam biasa.

tapi tak sampai satu jam, air dah start naik kat area parking depan ofis. cepat giler. tetiba sajork dah jadi macam ni. tempat parking dah penuh dengan air…

jenuh aku bawak lari kereta aku. bukan aku angkat la kan, drive ler. hehe.. kena cari pulak tempat parking yang selamat dan sudah pastinya tidak berair. everyway jalan jem dan sekitar kawasan ofis aku kebanyakkannya dah dinaiki air. kat depan tu kan ada shell, area tu pun dah abis masuk air. tapi mujur la ofis tak masuk air.  

sebelah ofis aku ni plak kedai motor. korang tgk diaorang langsung tak ubah motor diaorang. mmg toke kedai ni tegar la. semangat tul menjual walaupun air dah naik. kalau aku, lama dah aku ubah motor2 tuh. lantak la labu..

heran la tak hujan pun air boleh naik kan. mai kot mana air pun tak tau. tapi mungkin lagi 2,3 jam air akan surut sket kot. just tunggu dan lihat saja…

note : pengalaman pertama macam ni..

mandom 02/11/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

i’m back..

hujan 2,3 hari ni membuatkan aku jadi mandom. huhu… masa otw balik dari kl ahad malam ari tu pun dah start hujan sepanjang jalan. letih pun tak abis lagi. nanti aku update pasal dinner tuh.

area perlis, ujung2 kedah pun ada yang banjir kan. pagi ni dengar hotfm, konvokesyen kat uum ditangguhkan sebab banjir. kesian la yek untuk para ibu bapa yang dah datang nak lihat anak berkonvo. nampaknya kena datang lagi la nanti. kos tuh..

gambar dari utusan malaysia..

aku pun nak kena cas bateri bagi full dulu baru ada tenaga. hehe..!!

note : perlis sekarang banjir. plan nak naik bot kat kuala perlis ke langkawi this weekend mungkin akan ditukarkan naik melalui kuala kedah.