jump to navigation

cerita pepagi 25/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

semenjak aku kena transfer kat alor setar ni, perjalanan antara  SP-AS memakan masa lebih kurang sejam baru nak sampai. so, mmg keja long distance ni penat sket. kadang aku ikut highway. kadang aku ikut jalan low way maknanya free dan tak yah bayar tol. hehe..

tapi kalau jalan low way, ko paham2 sendiri la. mmg tak kena tol. tapi ko kena berdepan dengan lori yang banyak satu hal. keta, ya ampun…mmg berderet-deret. tu belum citer lagi maknusia yang bawak keta slow macam nak gi kenduri lagi. mmg menguji kesabaran. tapi aku perasan kan, sejak aku lalu low way ni, aku lebih tenang dan banyak bersabar bila memandu. ewah… kalau tak mulut aku ni manjang je kuar perkataan yang tak sepatutnya. hehehe….

so, selalunya tempat aku bersarapan adalah dalam kereta. kadang aku menyinggah R&R Gurun, beli makanan then makan dalam keta. itu la rutin aku pepagi. kalau tak R&R gurun, gerai makcik2 tepi jalan pun aku menyinggah beli makanan.

pagi ni sarapan kita, sandwich 2 ketul yer anak-anak..

sekian, terima kasih…

note : dilemma. nak pindah ker, tak nak pindah???

kautim 24/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

wah lega makcik..

baju dan tudung dinner dah jumpa. legaaa…

dah 3 hari aku bertekad sakan cari baju. last2 settle gak. untuk baju dah kautim. aku beli dress hitam ada belt kaler gold sket. tudung pada mulanya aku plan nak beli jer. tapi warna plak tak berkenan. puas aku cari tudung kaler itam ada unsur gold, tapi tak jumpa. last2 aku beli kain, suruh tailor tolong jahit. ni pun baru je balik dari umah tailor. sekarang leh tidur lena. ha kau, punya la over preparation tau…

tadi aku pergi jakel beli kain untuk tudung. baju tu tak la hebat sangat. tapi boleh la. janji adoo. yang penting MURAH..

aku pun suka2 je nak gi dinner. dah semua di tanggung kan, pergi je la makan kan. kang gi dinner pakai t-shirt ngan jeans kang, orang sibuk mengata aku plak. ko ni tetiba dari planet mana kan…

emm, baju dah ada. tudung pun dah ada. kasut ngan beg pun dah ada. itu pun tahun lepas punya. arghh… bedal lah…

so, kautim..

note : tadi gi tesco pekena ice-blended coffee caramel with bubble. rasa macam nak pi beli lagi secawan jer. argh…sedapnya…!!

masih mencari.. 21/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

apa yang aku cari tak dapat tuh?? huhu..

aku tengah kepeningan ni. please…rescue 911. huhu…

sebabnya, 30hb ni aku ada dinner tapi aku masih mencari baju dinner. mula-mula plan nak pakai baju tahun lepas jer. pastu outer la sket2, mix & match mana yang patut la kononnya. tu pasal aku macam releks jer awal-awal. tapi tup-tup, aku tertukar plan pulak. tertukar tau, bukan sengaja. last2 aku yang weng-weng pening kepalo. huhu..

sekarang ni aku mesti sampai umah lewat. sebabnya lepas kerja, aku mesti meronda. misinya ialah : MENCARI BAJU DINNER. alih-alih aku terkangkang tido kepenatan. saja cari pasal namanya ni. ye la kan, dah dinner pun bertema, BLACK & GOLD NIGHT. matik kutu aku nak cari baju black & gold.

aku pun bukan la nak cari baju grand sangat kan. kang cari bagai nak rak, tapi tak elok tara mana pun. misi aku cuma nak cari yang selesa, sesuai dan yang paling penting MURAH ye anak-anak. semalam aku meronda kat pacific alor setar, dah jumpa dah baju yang bekenan, selesa dan sesuai. tapi mahal la pulak. nak dekat tiga rat tu. uish, terus cancel. sayang duit oooo. beli makanan pun kenyang. tengok la ari ni. aku akan berusaha lebih gigih lagi mencari.

dinner kali ni buat kat Double Tree By Hilton Hotel. hotel baru katanya. kalau tak salah aku lah. tarikhnya 30hb October 2010. so, 30hb pagi baru bertolak ke kl. en.fizal akan follow me. dia jadi driver. saya jadi apa?? saya jadi pak pacak disebelah driver merangkap tukang tido. hehe…

 

note : harap-harap misi aku tercapai lah petang nih. chaiyok…!!!

new day, new environment 21/10/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
1 comment so far

bermula 23 august 2010 ari tu aku dah kena transfer keje ke alor setar. tempat lama kan kat butterworth. sama company tapi lain tempat dan lain jawatan. dipromote  gitew kan. 

kat alor setar ni lebih tenang. cuma aku kena berulang dari sungai petani – alor setar every day. selamat ada elaun. dah 2 bulan aku dok berulang, letih badan jugak ooo….drive punya pasal. mungkin perancangan nak pindah ke alor setar tu ada. tapi kena consider banyak perkara. masih lagi dalam perancangan.  sebabnya en.fizal kan kerja kat butterworth. buat masa ni sungai petani ni adalah tempat centre antara kami berdua. wahh…

so, hopefully everything will be ok with my new environment…

note : gambar tak ada kaitan dengan entry. but, that’s meee…!!

pre-kuantan 01/06/2010

Posted by ladyanaiz in My Story.
add a comment

kejap lagi yakni malam nih, aku dengan en.fizal akan bertolak ke kuantan. tengah tunggu en.fizal balik dari kerja la nih. barang dah siap packing dah. tinggal nak cabut jer nih..

buat apo kat sana? kena kojo la al-kesahnya. juga boleh la merangkap cuti-cuti malaysia kan. ganti orang kat sana. ada staff cuti. so, kena duduk sana 2hb, 3hb ngan 4hb. aku pun tak tahu la besok ni jumper ke tak branch kat sana. map ada la dibekalkan. ala, aku belasah jer la besok. tak tahu tanya je la. malu bertanya sosat la jalan kan…

so, aku gi ikut kl, then baru shoot gi kuantan. kena masuk ofis pukul 1pm. nak citer lebih2 aku pun tak tahu macam mana keadaannya lagi.

so, harap2 aku jumpa la branch kuantan tu besok. gamak tak jumpa, pandai2 la aku redah kasi pecah…

sampai sana aku update lagi k. daaa….

note : ya allah, selamatkanlah perjalanan kami..